RSS

Pages

Monday 1 November 2010

Aik? Org len Baru Nak Tido.. Awak Pulak Baru Bangun??


Heheheh..


Sy baru 1/2 jam bangun tido.. adeihh!! Apsal tido awai sangat?? mrmm.. tu la.. ni kul berapa nak tido semula nie.. Sy ingat sy tadi lelap kejap jer.. rupanya?? bangun2 jer.. umah dah macam tongkang pecah.. huby keluar.. mcm biasa la.. 


Makanya, anak2 pun dengan senang hatinya la "kemas umah" dengan jayanya.. hadoyaiiii!!.. Sy pun mintak la si kakak ngan si adik kemas sama2.. Mrmm.. camni la sy bila musim pms, cepat jer mata nak lelap.. tapi seyes arini sy letih lain macam je.. dari siang tadi sebenarnya.. Nasib baik kami skrg dah jarang makan malam.. tadi sebelum maghrib ada gak tanya huby nak makan tak, huby kata tak nak so, tak pe la.. tu yg sy layan mata baik punyer.. heheh..



K la.. bunyi cam huby dah balik jer.. awainyer dah balik.. selalunya.. kurang2 pun jam 11.00 lebih.. stop dulu.. daaaaaaaaaaaaaa..





Thursday 26 August 2010

Nuzul Al -Quran dan Lailatul Qadar


Salam..


Bersempena jatuhnya Nuzul Al-Quran pada malam ini iaitu malam ke 17 Ramadhan.. sama2 la kita menghayati  makna disebaliknya dan mengetahui Bila dan Bagaimana Al-Quran itu Diturunkan.. 


Bukan itu sahaja Nuzul Al-Quran juga dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar. Ini kerana Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT :

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Walaubagaimanapun, tidak semudah itu utk menemui malam seribu bulan itu.. hanya yg benar2 beriman & beribadah kepadaNYA sahaja yg berjaya menemuinya. Ini kerana Malam Lailatul Qadar hanya berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan dan ianya menjadi Rahsia NYA bilakah antara 10 malam yang terakhir tersebut dan Kita disuruh mencarinya bagi mendapatkannya.
Wallahuaklam..


Untuk baca lebih lanjut boleh baca kat SINI 

Saturday 24 April 2010

Marilah Kita Sama2 Doakan Kesejahteraan Dirinya

Sy teringatkan pesanan yg ditinggalkan oleh adik sy yg sedang menuntut di Maktab Perguruan Kuala Lipis malam tadi di shoutmix chat box. Sy terperasankan pesanan tu pun bile sy dah terjaga semula dari tido setelah diganggu oleh anak teruna dara yg tak tido2 lg. 

Pesanan adik sy supaya sy menziarah blog "Teratak Husaini" yg dimiliki oleh Adik Safwan Husaini. Mula2 nak buka susah jug.. tp godek punyer godek dapat juge.. 

Pada 2 hari lepas (22.4.2010) radio Era.fm yg diwakili oleh Aznil Hj Nawawi ada menghubunnya utk mengetahu kisah hidupnya. 

"Sangat meruntun jiwa sesiapa yg membaca penulisannya. Sawan Husaini yg dipanggil wan oleh kawan2 nya adalah penulis cerpen yang bakal menyambut ulangtahun ke-19 merupakan seorang insan yg diuji dengan penyakit Barah Hati. Safwan juge hanya menghitung hari Detik2 Permergiaannya yg tinggal 92 hari lg.. Hidupnya sebatang kara kerana kedua ibu bapanya jua telah meninggal dunia. Begitu juga dengan Nendanya. 

Walaubagaimanapun, ajal & maut hanya DIA saje yg mengetahui.. biarpun Doktor telah pun mengesahkan yg penyakitnya tidak mampu dipulihkan lg. Kita sesame manusia bukan hanya sekadar bersimpati, tetapi turut sama boleh membantu mendoakan kesejahteraan dirinya, agar Semangatnya terus kuat & tabah melalui derita yg ditanggung. Semoga beliau akan dipermudahkan dalam segala keadaan.

Untuk bace mengenai Safwan Husaini, kawan2 boleh la klik kat SINI