RSS

Pages

Thursday, 26 August 2010

Nuzul Al -Quran dan Lailatul Qadar


Salam..


Bersempena jatuhnya Nuzul Al-Quran pada malam ini iaitu malam ke 17 Ramadhan.. sama2 la kita menghayati  makna disebaliknya dan mengetahui Bila dan Bagaimana Al-Quran itu Diturunkan.. 


Bukan itu sahaja Nuzul Al-Quran juga dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar. Ini kerana Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT :

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Walaubagaimanapun, tidak semudah itu utk menemui malam seribu bulan itu.. hanya yg benar2 beriman & beribadah kepadaNYA sahaja yg berjaya menemuinya. Ini kerana Malam Lailatul Qadar hanya berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan dan ianya menjadi Rahsia NYA bilakah antara 10 malam yang terakhir tersebut dan Kita disuruh mencarinya bagi mendapatkannya.
Wallahuaklam..


Untuk baca lebih lanjut boleh baca kat SINI 

2 comments:

Unknown said...

comel anak dara tu walaupun muka dia masam sebab kenapa ek?

bila cuti nuzul quran penuh jalan tar..jalan jemlah

royansableng said...

happy blogging gan

aku udah follow
follback ya